Bayam Masak Lemak Manis


Resepi: Ilham dari internet (untuk tengok bahan-bahan sahaja)

Bahan-bahan:
Keledek (potong kecil)
Bayam
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (hiris)
Santan secukupnya
Garam
Air

Cara-cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih.
Masukkan keledek dan air (sekadar menutup keledek).
Tutup periuk. Tunggu sehingga keledek cukup empuk.
Kuatkan api.
Masukkan bayam dan santan.
Perasakan dengan garam.
Tutup periuk selama lebih kurang 5 minit sehingga bayam masak.

Siap.

Note:
Saya cadangkan bayam direndam, bukan sekadar basuh bagi membuang pasir-pasir yang terlekat pada bayam.

 
Tips Ibu Berkerjaya Dari Rumah Blog Design by Ipietoon