Kenali Penulis

Penulis blog ini ialah Maisarah, seorang ibu  yang bekerja dari rumah hampir 5 tahun. Sebelum ini hanya menjadikan pekerjaan dari rumah sebagai duit poket, tidak serius dan sebagai mengisi masa lapang di rumah. Namun, sejak pertengahan 2014, selepas melahirkan anak ketiga, beliau berazam untuk lebih serius membina empayar perniagaan walaupun di rumah.

Pemilik butik online pakaian muslimah untuk wanita dan kanak-kanak, MysaKidsCloset, penulis juga baru berkecimpung dalam bidang latihan online. Kini mengusahakan laman BelajarBinaWebsite yang mengajar secara online (100%) bina laman ecommerce dengan menggunakan Prestashop.

Selama lebih 4 tahun, penulis belum dapat mencari cara terbaik untuk bekerja dari rumah tanpa mengabaikan urusan keluarga dan hal ehwal rumahtangga. Menguruskan hal ehwal rumahtangga tanpa pembantu, berniat untuk lebih serius melakukan aktiviti homeschool dengan anak-anak di waktu lapang serta bertekad untuk membina nama di dunia internet ini adalah azam penulis untuk tahun 2015 dan tahun-tahun akan datang. Maka tertubuh la blog ini untuk berkongsi cara dan cerita berkenaan tips-tips menguruskan masa di rumah.

Penulis mengalu-alukan pengunjung blog ini untuk berkongsi tips-tips mereka menguruskan masa dan rumahtangga di ruangan komen, atau tinggalkan pesanan di ruangan 'Hubungi Penulis'. InsyaAllah semoga ukhuwah yang terjalin di blog ini sentiasa berkekalan.



Salam Sayang,
Maisarah
Ibu yang bekerja dari rumah.

0 comments:

Post a Comment

 
Tips Ibu Berkerjaya Dari Rumah Blog Design by Ipietoon